Monday, 22 August 2011

Cerpen :segalanya hanya seketika...

Sebuah kereta Honda City hitam membelok masuk ke sebuah tapak perkuburan yang tertera nama Taman Barzakh. Lelaki yang berbaju Melayu berwarna krim itu keluar dari keretanya berjalan lemah menuju ke tempat orang yang pernah dibencinya dulu berada. Dia mencangkung mencabut rumput yang tumbuh di atas pusara di hadapannya. Dia duduk dan membaca Surah Yaasin dengan suara tersekat-sekat sambil membiarkan air matanya mengalir di pipi.

Dalam dunia ini, Fariz hanya pertaruhkan dua perkara. Duit dan nyawa. Duit untuk memikat perempuan dan nyawa untuk melindungi dirinya. Cinta? Apa dia peduli, membosankan baginya! Itulah sebab mengapa dia sering bertukar pasangan di ranjang hotel atau rumah sewanya. Baginya had cinta untuk seorang perempuan hanya seminggu tidak lebih dari itu.

Malah dalam komuniti kelab malam, dialah raja dan playboy yang paling popular dan mendapat perhatian ramai wanita yang datang sama ada hanya sekadar untuk berhibur atau merasai nikmat bersama dengannya. Hukum agama? Halal haram sedikit pun dia tak peduli. Baginya hidup ini hanya sekali, jadi bergembiralah sepuas-puasnya. Taubat? Jawapan Fariz cukup mudah, tunggu bila dah tua atau senja nanti tapi Fariz tidak sedar yang rumahnya telah kata pergi dan kuburnya telah kata mari.

“Fariz, ayah rasa kau dah patut mendirikan rumahtangga sekarang” Soalan yang paling bosan dan malas untuk dijawabnya, kembali disuarakan oleh ayahnya pada malam dia ingin keluar enjoy seperti biasa.
“Siapa orangnya?” tanya Fariz acuh tak acuh. Kali ini sudah kali keenam belas ayahnya bertanya tentang hal mendirikan rumahtangga. Dia menghenyakkan punggungnya di sofa sebelah orang tuanya.
“Anak mak cik Zainab kamu, Zainah.” Jawab ayahnya menunggu reaksi Fariz yang diagak akan menunjukkan reaksi protes dan bengang dijodohkan dengan gadis yang sentiasa dibulinya semasa zaman kanak-kanak.

Terjegil mata Fariz mendengar nama itu. “Ustazah Sekolah Agama tu ayah nak saya jadikan bini?? Tak layak langsung dengan saya tetapi kalau ayah berkehendakkan juga saya terima.” Jawab Fariz bersetuju walaupun sebenarnya dia tidak rela beristeri sekarang.
Dia bangun meninggalkan ayahnya selepas mengambil kunci kereta di atas meja depan ayahnya. Destinasinya hanya satu, kelab malam mencari perempuan untuk menghilangkan keresahan di hatinya yang semakin mencengkam.

Ayahnya menarik nafas lega dengan persetujuan Fariz walaupun dia kelihatan tidak serius menyatakan persetujuannya untuk berkahwin dengan sepupu sendiri. Ayahnya berharap Fariz akan berubah menjadi seorang lelaki dan suami yang baik selepas berkahwin dengan Zainah selepas ini.
Selepas beberapa bulan berlalu....

“Woi!!! Zainah! Buka pintu!” Hik..hik..hik...sedu Fariz, “Woi!!! Zainah! Buka pintu!”
Fariz mengetuk-ngetuk daun pintu rumahnya tanpa henti. Zainah bergegas berlari menuruni tangga dan keluar untuk membuka pintu. Sebaik sahaja pintu dibuka, botol warna hujau di tangan kanan Fariz dihayunkan ke kepala Zainah.

“Lembab! Bodoh! Pekak! Bahlol! Senggal!!” Maki Fariz dalam keadaan mabuk. Dia terus berjalan terhayun hayang menuruni tangga dan terus terjatuh tidak sedarkan diri di ruang tamu rumah agam mereka.
Zainah mengesat darah yang mengalir melalui luka di dahinya sebelum mengangkat Fariz masuk ke dalam bilik. Air jernih dari matanya dibiarkan mengalir bebas menuruni pipi gebunya. Dia menabahkan hati demi insan yang disayanginya sekarang.

Walau seburuk mana pun perangai Fariz, lelaki itu adalah suaminya. Suami yang akan dicintai sepenuh hati dari dunia hingga akhirat. Dia tanamkan dalam dirinya bahawa berkasih sayang itu adalah suatu akhlak yang mulia, lalu semai dan bajaikan rasa kasih sayang dan cinta terhadap sesama insan, lebih-lebih lagi kepada Allea S.W.T kerana hanya DIA yang terlalu kasihkan hamba-Nya lebih dari seorang ibu yang mengasihi anaknya. Dia hanya akan taat pada suaminya itu seorang selagi hayatnya masih ada untuk hidup di dunia ini di sisi Fariz. Dia akan berbakti dengan sepenuh hati dan rela walaupun tidak dihargai dan dianggap kain buruk dalam rumah itu bagi suaminya.

Walaupun Fariz sering membawa perempuan yang di jumpanya di kelab malam pulang ke rumah untuk berseronok, dia terima dengan hati yang terbuka walaupun pedih kenyataannya. Malah dia berdoa semoga Fariz akan berubah menjadi seorang lelaki yang baik dan bertanggungjawab selepas mendapat hidayah dari-Nya.

Malam itu, Fariz pulang ke rumah dalam keadaan mabuk seperti kebisaanya bila pulang dari kelab malam. Zainah yang mengandung 8 bulan terpaksa berjalan perlahan-lahan untuk membuka pintu yang diketuk bagai nak roboh oleh suaminya.

Geram pintu masih belum dibuka, Fariz menendang pintu rumahnya. Zainah yang telah membuka sedikit daun pintu itu mengagak Fariz akan bertindak kasar kerana lambat membuka pintu cuba dan dia cuba mengelak tapi tergelincir jatuh. Kepalanya terhentak ke lantai marmar. Darah merah pekat mengalir keluar dari kepala dan kain batik Zainah yang telah terbaring kesakitan di atas lantai rumah.

Fariz yang agak mamai, tersedar yang dia telah menendang isterinya sendiri secara tidak sengaja. Dia mengelabah dan terus ke bilik air untuk mencuci muka dan minum banyak air kosong agar mabuknya sedikit berkurang. Fariz terus keluar dan mengangkat Zainah masuk ke dalam kereta menuju ke hospital.
Dalam perjalanan munuju ke hospital, Zainah mengerang kesakitan. Bertambah takut, risau dan gelisah hatinya kerana dialah Zainah jadi begitu. Setibanya di hospital Zainah terpaksa di masukkan ke Unit Rawatan Rapi kerana kecederaan parah di kepala dan kandungannya dalam keadaan bahaya yang kemungkinan gugur. Fariz menghubungi ayahnya dan ibu mertuanya. Ayahnya inginkan penjelasan saat itu juga tapi pantas Fariz matikan talian.

Sampai di hospital ayahnya ingin memarahinya selepas mendapat penjelasan tetapi melihat wajah anaknya yang keletihan, sungul dan resah dia tidak jadi marah. Fariz tersandar di bangku hospital dan hanya memandang bilik pembedahan menunggu doktor keluar dengan hati yang resah. Fariz menangis tersedu-sedu dan satu persatu perbuatan kejamnya terhadap Zainah menerjah ke dalam kotak fikirannya. Zainah dipukul, diterajang, dimaki, tidak dihormati dan yang paling kejam Fariz sanggup menerajang Zainah yang sedang sarat mengandungkan zuriatnya tanpa disedari.

Fariz melangkah masuk ke rumah agam yang dihadiahkan ayahnya sempena perkahwinannya dengan Zainah setahun lalu dengan perlahan-lahan. Setiap sudut rumah itu terdapat kenangannya bersama Zainah. Dia menuju ke dalam kamar tidurnya. Sebelum duduk di birai katil, Fariz memandang sayu potret persandingannya dengan Zainah di meja sisi katil. Dia duduk dan mengambil prime gambar tersebut dan memeluknya erat ingin merasai kehadiran Zainah disisinya kembali.
Gambar persandingannya dengan Zainah yang disangkut di dinding di depan matanya direnung dalam-dalam mencari kembali kenangan yang memedihkan hati tapi membuatkannya kembali merasai kehadiran insan kesayangannya yang telah pergi.

Dia terperasan terdapat sesuatu di belakang potret itu lalu dia berjalan dan menurunkan gambar tersebut. Sampul surat bersaiz A4 jatuh di kaki Fariz lalu gambar tersebut digantung kembali ke dinding. Hatinya terdetik untuk membacanya walaupun perasaannya tidak senang dan hati berdebar-debar sewaktu dia menarik keluar isi sampul surat berkenaan.

Test report yang tertera nama isterinya membuatkan hatinya semakin sakit untuk terus membacanya tetapi dia kuatkan semangat untuk terus membaca. Perkataan kanser tulang membuatkan dia terus meremukkan kertas test report itu. Fariz seperti orang hilang akal mencampakkan segala yang ada berhampiran dengannya. Dia menjerit bagai orang gila lalu terduduk lemah dilantai kamarnya. Dia mengesat air matanya yang mengalir umpama empangan yang pecah.

“Kenapa? Kenapa? Kenapa mesti begini?” Fariz menjerit menanyakan soalan yang tiada itu jawapan pada dirinya.
Dia ternampak sebuah kaset yang tertera namanya di bawah barang-barang yang bersepah di sekelilingnya. Fariz membelek kaset tersebut lalu bangun dan memasangnya. Suara Zainah yang serak seakan selepas menangis memenuhi ruang bilik itu.

“Abang, pertama sekali Nah minta maaf dari dunia hingga akhirat dan minta abang halalkan makan minum Nah sepanjang Nah hidup bersama dengan abang. Nah tahu, Nah bukanlah isteri abang yang baik dan bukan gadis yang abang cintai dan kasihi. Nah tahu abang terpaksa berkahwin dengan Nah tapi semua itu telah pun berlalu.

Nah tetap gembira dan bahagia berada disisi abang walaupun mungkin tidak lama Nah akan berada disisi abang. Walaupun abang layan Nah dengan buruk seperti kain buruk tapi Nah maafkan segala kesilapan abang sebab Nah tahu manusia mana tidak melakukan kesilapan. Kesilapan abang hanya kesilpan yang kecil malah ada orang yang membuat kesilapan yang lebih besar daripada abang yang sepatutnya tidak layak mendapat kemaafan tetapi tetap mendapat kemaafan.

Hanya ini satu-satunya permintaan Nah dengan abang. Nah harap abang jagalah anak kita yang bakal lahir nanti dengan sebaiknya andainya Nah pergi buat selama-lamanya. Abang mesti jaga diri abang dengan baik dan hidup dengan gembira walaupun Nah telah tiada di sisi abang buat selama-lamanya..

Sekali lagi Nah mohon keampunan dari abang dan halalkan makan minum Nah selama ini. Maafkan Nah andai Nah pernah sakiti dan lukai hati abang. Maafkan segala dosa Nah dengan abang. Jaga diri dan anak kita dengan baik.. Maafkan Nah...”

Fariz menekup wajahnya dengan tapak tangan. Dia menagis terharu dengan kata-kata terakhir yang Zainah ucapkan. Dia tidak menyangka isterinya sanggup memaafkan segala kesilapannya yang orang lain sukar maafkan. Indah sungguh susunan katanya dan cantiknya hatinya kerana sanggup menerima dan memaafkan kesilapannya.

Dia menarik nafas menguatkan hatinya yang terluka kerana kehilangannya. Dalam hatinya, Fariz berjanji akan menjaga Azril Fashah dan Zulaikha Balkis dengan baik kerana itulah wasiat Zainah yang terakhir. Fariz mengambil dairinya di dalam laci dan menulis apa yang tersirat di hatinya.

Ketika hayatnya aku lepaskan semua peluang untuk membuatkan dia bahagia dan gembira apabila berkahwin dengan aku tapi apa yang aku berikan padanya adalah kesedihan dan kesensaraan yang terlalu hebat yang aku fikir tiada orang yang sanggup laluinya tapi dia cukup tabah dan cekal untuk menawan hati aku yang keras dan menyucikan hatiku yang hitam ini selain mencelikkan aku yang buta agama dan cinta ini.

Pemergiannya membuatkan aku sedar yang dia amat berharga dalam diri, jiwa, hati dan hidupku. Bodohnya aku menyakiti orang yang terlalu menyayangi dan menyintai aku...dia ajar aku banyak perkara terutama tentang cinta dan hidup ini. Kalaulah aku diberi peluang sekali lagi, aku sanggup menggantikan tempatnya yang akan pergi mengadap Illahi tidak lama lagi itu. Aku hanya dapat merasakan bertapa aku terlalu menyintainya setelah dia pergi yang perginya tak akan kembali lagi. Biarlah aku jumpa seribu pengganti, dia tetap yang satu di dalam hati.

Kini apa yang aku dapat lakukan hanyalah mencatatkan segala kenangan bersamanya di dada langit dan kata cintaku padanya di atas pusaranya. Aku sentiasa menyakiti hatinya tapi dia tidak pernah menunjukkan reaksi sakit hatinya. Dia terlalu tabah...terlalu tabah...aku walaupun aku terus menerus menyakiti hatinya dan mengabaikannya tanpa aku sedar yang dia akan meninggalkan aku buat selama-lamanya. Aku perlukan sedikit masa untuk merawat hatiku yang terluka..

Fariz menutup dairinya perlahan-lahan. Cinta membuatkan dia amat lemah tapi cinta jugalah yang membuatkan dia bersemangat. Cintanya pada Zainah yang tidak sempat dihulur dan diucapkan sekarang akan dihulurkan pada permata hatinya yang mengikat hati dan menghidupkan perasaanya terus pada Zainah. Semoga rohmu dicucuri rahmat dari-Nya, Zainah.

Aku dan Bilik..

Waaa.. sangat penat kemas bilik.. hehehe,, sape yang sepah kan jugak kan?? aku jugak.. Hmm,, Bosan sangat tinggal kat umah ni,, Tak tahu nak buat ape lagi.. kemas jek,, tapi aku sorang, memang lah tak bersepah... Bilik aku penoh ngan bear, Anak patong n bantal yang banyak.. Kalau lah aku ade adik, kan best.. Aku tengok semua org yang ade adik tu best jek.. Bergurau dgn adik2,,

Aku lak sorang.. memang macam2 ade kat rumah ni.. Tp kalau da main sorang2 kan?? ape yang syok?? aku tgk tv, tv tgk aku... hehehe... So, hidup aku adalah dgn bilik.. Dok lah sorang2 dalam bilik.. sggh membosankan.. Pape pun aku bersyukur.. cume bosan... :) So, hargailah adik2 korang tu.. memang syok kalau ade adik beradik ramai...

Sunday, 21 August 2011

Biar tak tahu daripada tahu..

Aku rasela kan?? biar tak tahu pape drpd tahu.. kalau pekare best takpe.. ni benda yang sakit ati... kan kan?? hoho.. Kalau benda yang mengarut ni, tibe2 tahu jek,, terus angin naik samapai tang kepala.. kalau kepala jek takpe.. ni ke hujung rambut.. hehehe,,, tu la..

pape pun Biar Tak Tahu drpd Tahu.. Tak skit ati, tak ade rase pape.. Kan best kalau segalanya kite yang atur n bukan org lain kan?? hehehe,, Aku tak lupe, kite ade ALLAH..

Hari ni hari merepek aku,, so bercakap dlm blogger lagi bgus kot drpada bercakap dgn telefon yang tak pandai bercakap.. :)

hehehe,, BIAR TAK TAHU DARIPADA TAHU!!!

Mood cam C***I...

huhu... Entah kenapa dari malam tadi aku rase sgt tak selesa tentang diri aku n ............. Maybe sebab die minta izin something y aku rase tak masuk akal langsung.hahaha.. pape pun aku terime coz die bukan milik aku pun.. sape2 jek leh dapat die.. Sekarang, bile da kawen pun leh cerai cari yang lain.. aku tak nafikan kalau satu hari die tgglkan aku kan?? sebab aku nye perangai mcm ni.. Nasib la..

Kalau betul kami ade jodoh, InsyaAllah tak kemane.. Buat mase sekarang ni,, aku rase, baik aku diam jek kan?? Aku biarkan jek.. Maybe ape aku buat selame ni sia2 jek.. buang mase aku.. pape pun,, biarlah die hidup dgn diri die.. Die dah besar kan??

Aku juga akan hidup dgn diri aku lepas ni.. selame ni aku buat ape yang patot untuk terime ape y aku nak.,. Tp rasenye cam...... tak perlu lagi kot...

Aku miss kawan2 aku.. Enjoy cam dulu.. Maybe tu jek yang boleh buat aku tak ganggu die mcm sekarang.. Wait n See,, Mungkin selame ni aku bukan aku.... :)

Friday, 19 August 2011

Mungkin...

Mungkin semua silap aku.. Die hidup dengan dipenuhi masalah dari aku.. Kalau lah diberi peluang untuk die mendapat yang lebih baik, pasti die akan terus meninggalkan aku.. Aku terima kerana itu selalu terjadi kepada diri aku.. Cinta tak sememstinya kite memiliki seseorang itu.. Aku hanya mahu kau tahu yang aku cintakan kamu... 3tahun bukan mase yang pendek. Banyak pekara boleh berlaku.. Harapan agar kau sentiasa disamping ku... Itu sahaja pemintaan aku..


~Love u forever~

Friday, 5 August 2011

1st time masak Sotong asam beranak..

hehehe,,, mesti korang pelek kenapa aku cakap sotong asam beranak kan?? ni sebab orang beranak bagus n digalakkan makan lauk ni.. aku pun tak tahu kenapa.. itu pun mak aku yang cakap la...

so hari ni, aku nampak sotong kat peti ais.. ape lagi, try la potong2.. yang kelakar, aku tak geti nak potong kepala sotong tu... sampaikan dakwat sotong terpancut kat muke aku... ape lagi, kene gelak lah dengan bapak aku.. ngeee

Last sekali,,, aku masak, sambil tanya kat mak aku... kesian mak, 10kali kene jawab soalan aku.. mesti die penat but terpaksa jawab..

ape2 pun, da siap n abah makan.. komen die,,, "sedap, pandai pun masak, dah leh kawen" ngee.. itu lah abah aku... suke usik aku...

tula.. setinggi2 kite belajar pun, kalau namenye perempuan.. kene gak dok dapur...

hehehe

sotong masak asam... nyum nyum..

Monday, 1 August 2011

Menu untuk juadah berbuka..

Awal2 lagi aku da tak tahu nak masak ape?? Maklumla, tinggalnye bertiga jek kat rumah ni.. Aku, abah n emak.. Mak aku memang da tak boleh puase kerana die bergantung kepada ubat sahaja.. nak bangun pun taak larat,, semoga bulan puase ni dapat diberikan kekuatan kepada ibu ku dengan izin Allah..

Berbalik pada menu.. mule2 aku nak masak kari ayam, tp hahahahahahaha, aku tak tahu mcm mane nak buat kari.. FAIL kalau mak mentua yahu ni.. lalalala.. buka2 jek peti sejuk, aku ternampak sotong... ape lagi.. menu utama ialah SOTONG MASAK SAMBAL!!

TARAAAAAAA!!!!

hehehe... abah cakap samabal ni masin sikit.. ngeee..



lepas siap masak sambal ni, aku belajar dengan abah masak sup tempe... adoi!! nampakny bapak den lagi PRO!! hahaha.. last2 die yang masak sup tempe tu sampai siap..
yang lawaknye, abah lagi skit nak rase sup tu.. maklumla, lupe puase.. lagi pun 1st day puase..

pape pun.. aku memang tak pandai nak masak2 ni... kalau bagi aku kemas rumah, memang setle.. memasak ni, TERPAKSE jek.. coz kite pompuan.. belajar tinggi-tinggi pun kedapur gak..