Gf / IstEri...
lelaki : aku da putus dengan awek aku ..
kawan baik : apa jadi ?
lelaki : ntah , dia tak sesuai dengan aku kot ..
kawan baik : kenapa ? apa dia buad smpy kau cakap mcm tu ?
lelaki : err, salah satu sebab dia ambil berat sangat pasal penampilan dia . nak sangat nampak cantik, tak selamat langsung !
kawan baik : ohhh , jadi kau hancurkan hati dia semata-mata sebab dia nak nmpk cantik depan kau ? semata-mata sebab dia nak kau ingat dia gurl paling cantik bagi dia and kau takkan pndang gurl laen. ok aku paham..
lelaki : ummm , lagi satu ! dia slalu text aku , tanye kat mane dgn sape , pastu suruh aku jangan merokok and mengatal sume , menyebok larh dia tuh !
kawan baik : jadi , kau hancurkan hati dia semata-mata sebab dia amik berat pasal kau ? semata-mata dia terlalu penting kan kau and takut kehilangan kau ? baru aku tahu ..
lelaki : Tapi... , uhh ! dia selalu menangis bila aku cakap benda yang sakitkan hati dia. benda kecik jew, itupun nak sensitif . crybaby betol laa !
kawan baik : Jadi kau hancurkan hati dia sebab dia ada perasaan ? dan dia cume nak denga ko cakap sayang dekat dia ? okee , aku paham .
lelaki : Aku... alahhh ! kau pun tau kann , dia tuh cepat sangat cemburu . aku takleh sembang langsung dengan perempuan lain , annoying betol ! aku kena senyap2 baru dia tak ungkit .
kawan baik : Jadi kau hancurkan hati dia semata-mata sebab dia nak kau mengaku ? dia ingatkan kau tuh punya lah setia, tapi kau tipo dia supaya bila dia dapat tahu dan tambahkan lagi sakit hati dia ? dia cuma nak seorang lelaki yang mencintai dia bukan orang lain . okee , aku paham ..
lelaki : tapi.... dia ...
kawan baik : kau putus dengan dengan dia sebab dia terlalu bagus dengan kau ? dia cuma nak jadi yang terbaik untuk kau ? sekarang dia da patah hati sebab sikap kau yang penting kan diri sendiri, puas hati kau sekarang ?
lelaki : Aku patahkan hati dia , sebab aku tak nampak apa yang sebenarnya berlaku . apa yang berlaku ni?? *smbil menekup muka*
kawan baik : Kau da kehilangan seorang gadis yang mencintai kau dengan tulus tak macam orang lain. Kau taknak dia sedangkan dia apa yang dia nak cuma kau . ITU yang berlaku .
P/S : ketahui lah para boyfriend / uami d'luar sana. kami sedar kami tidak sempurna tapi kami berusaha menjadi girlfriend / isteri terbaik untuk buat anda. kami harap anda sedar bahawa hal kecil itulah yang membuat kami bahagia. ANDA buad kami bahagia, dan bila anda sakitkan hati kami. ketahui lah susah untuk kami melupakan anda .
No comments:
Post a Comment