Wednesday 14 March 2012

Hukum memutuskan PERTUNANGAN dalam ISlam.....

Pembatalan pertunangan ini hukumnya adalah HARUS, samada pembatalan itu dari si lelaki, atau wanita, atau wali kepada si wanita, kerana pertunangan itu bukanlah akad nikah atau perkahwinan, akan tetapi ia adalah janji untuk bernikah. Bagaimanapun pembatalan ini menjadi MAKRUH sekiranya bukan kerana sebab-sebab yang jelas lagi syarie seumpama si wanita atau walinya nampak sesuatu yang tidak kena pada si lelaki sehingga memerlukan kepada dibatalkan pertunangan dan membatalkan penerimaan yang telah dibuat. Ataupun si lelaki nampak sesuatu yang tidak kena pada tunangannya yang memerlukan kepada pembatalan pertunangan, asalkan ianya daripada sebab-sebab yang diterima syarak.

Dr Abdul Karim Zaidan, Al-Mufasshal Fi Ahkam Al-Mar’ah Wal Bait Al-Muslim ( 4/ 74 )

Tuesday 13 March 2012

BEFDAY kite..

HOLLLAAA!!


lamenye tak buat blog.. Anyway, semalam befday aku... lalalala
weyh!! dah 22 tahun dah aku ni... Yai! dah tue kan??


Alhamdulillah, sepanjang 22 tahun ni, aku bersyukur sangat coz aku diberikan kekuatan untuk terus hidup.. 

walaupun aku rase mcm2 dah aku tempuh..



Macam mane pun aku happy sangat2.. Kepada yang bg hadiah pun terima kasih sangat2.. Tak dapat nak upload gambo hadiah la.. Baru nak tunjuk... 


Kepada Mr. Buncit... Thanx a lot untuk hadiah tu... sangat cantik.. :)


Ramai org wish befday... pun thanx juga... buka2 jek FB, penuh notification.. Alhamdulillah.. aku hanya mengharapkan diri ini akan menjadi semakin matang, kuat penempuh hidup....


Ape2 pun thanx a lot lah!!!!!!! ^____________________^

Tuesday 6 March 2012

Jangan Dalam Islam......

                                        JANGAN dalam Islam

- JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.


- JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.


-JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang paling Sempurna


- JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.


- JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.


- JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.


- JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.


- JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah.


- JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia.


- JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.


- JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.


- JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.


- JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.


- JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.


- JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.


- JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita.

ALLAH lebih tahu. Wallahualam..