Wednesday, 14 March 2012

Hukum memutuskan PERTUNANGAN dalam ISlam.....

Pembatalan pertunangan ini hukumnya adalah HARUS, samada pembatalan itu dari si lelaki, atau wanita, atau wali kepada si wanita, kerana pertunangan itu bukanlah akad nikah atau perkahwinan, akan tetapi ia adalah janji untuk bernikah. Bagaimanapun pembatalan ini menjadi MAKRUH sekiranya bukan kerana sebab-sebab yang jelas lagi syarie seumpama si wanita atau walinya nampak sesuatu yang tidak kena pada si lelaki sehingga memerlukan kepada dibatalkan pertunangan dan membatalkan penerimaan yang telah dibuat. Ataupun si lelaki nampak sesuatu yang tidak kena pada tunangannya yang memerlukan kepada pembatalan pertunangan, asalkan ianya daripada sebab-sebab yang diterima syarak.

Dr Abdul Karim Zaidan, Al-Mufasshal Fi Ahkam Al-Mar’ah Wal Bait Al-Muslim ( 4/ 74 )

No comments:

Post a Comment