antara aku dan dia
ada jalan lurus berliku
ada sejambak mawar biru
ada sempadan duri semalu
ada jalan lurus berliku
ada sejambak mawar biru
ada sempadan duri semalu
antara aku dan dia
ada yang tidak sama
kerana aku wanita dan dia lelaki
ada yang tidak sama
kerana aku wanita dan dia lelaki
antara aku dan dia
masih ada yang serupa
kerana kami sedang seronok bercinta
masih ada yang serupa
kerana kami sedang seronok bercinta
antara aku dan dia
terdapat adegan drama
kerana kami adalah watak sandiwara
terdapat adegan drama
kerana kami adalah watak sandiwara
antara aku dan dia
terukir cerita bahagia
kerana kami menulisnya bersama-sama
terukir cerita bahagia
kerana kami menulisnya bersama-sama
antara aku dan dia
tersimpan satu rahsia
hanya diketahui oleh Yang Maha Esa
tersimpan satu rahsia
hanya diketahui oleh Yang Maha Esa
No comments:
Post a Comment